Leaderboard

Sepakan ajaib Faiz Subri: Tidak langgar hukum fizik, cuma teknik unik






KUALA LUMPUR: Gol ketiga Pulau Pinang ketika menentang Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 17 Februari 2016 akan sentiasa dikenang sebagai antara gol paling cantik yang pernah dijaringkan di Malaysia, malah di dunia!

Jaringan Faiz Subri mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dunia, dikongsi dengan begitu meluas dan diperkatakan dengan hebat bahawa inilah gol yang layak memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016, iaitu anugerah tertinggi sukan bola sepak yang diberikan kepada penjaring gol tercantik.

Pelbagai andaian dan bacaan dibuat, sehingga ada yang mengatakan bola sepakan pemain tengah Pulau Pinang kelahiran Kedah itu telah melanggar hukum fizik!
Sepakan ajaib Faiz Subri: Tidak langgar hukum fizik, cuma teknik unik