Leaderboard

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

VIDEO: This free-kick is INSANE!!!






This free-kick is INSANE!!!
101 Great Goals.com


The 2016 FIFA Puskás Award may have been won today by Pulau Pinang's Faiz Subri v Pahang FC



Gol Lencong Viral : Ini Respon Dari Faiz Subri







PETALING JAYA, 17 Feb: Pemain skuad Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, yang menjaringkan gol memukau seluruh dunia baru-baru ini akhirnya memberi respons terhadap perhatian yang diperolehnya hasil dari sepakan percuma itu.

Menurut Faiz Subri, dia sendiri tidak menduga sepakan percuma itu boleh melencong sedemikian rupa sehingga menerjah gawang gol pada sudut yang sukar.

Tambah Faiz, sepakan itu lebih kepada nasib kerana tidak selalu menjadi biarpun dia pernah mencuba beberapa membuat sepakan seperti itu.

“Ketika mengambil sepakan percuma itu malam tadi, fokus saya hanyalah untuk menjaringkan gol dan tiada apa-apa teknik istimewa yang saya guna ketika itu,” katanya sebagaimana lapor Utusan Malaysia.

Faiz Subri menjadi tumpuan dunia apabila gol yang dihasilkan olehnya itu viral di internet dan dipetik beberapa portal sukan sehingga ada yang menggelar sepakan itu setanding dengan sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997. 



Najib Puji Jaringan Gol Cantik Faiz Subri







KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma yang sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya semalam.

"Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik," katanya dalam catatan terbaharu akaun Twitternya hari ini.

Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai 'Goal of the Year'.

Pada perlawanan semalam Pulau Pinang menundukkan Pahang 4-1.

-- BERNAMA



Faiz Subri Terima RM10,000 dari Ketua Menteri Pulau Pinang







GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi insentif khas berjumlah RM10,000 kepada penjaring sensasi skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri di sini, tengah hari tadi. Insentif disampaikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kepada Mohd Faiz sambil disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff dan Ketua Jurulatih, Jacksen F Tiago. Mohd Faiz melahirkan rasa terharu dan bangga menerima penghargaan berkenaan. "Saya langsung tidak menyangka dan hingga ke hari ini, perasaan terkejut masih ada. "Sumbangan ini adalah bonus untuk saya sebagai suntikan semangat dan perlu fokus kepada latihan menghadapi perlawanan akan datang," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.